+bOut mE+

My photo
a wife. a mother. a happy daughter's of ayah & mak.

Thursday, May 22, 2014

Muhammad Aqil

Meh nak share sikit time aku nak bersalin aitu. Sepatutnya due aku 12.3.2014. Tapi aku deliver awal sebulan dari due, 14.2.2014, 33weeks 3day. Konon tak nak ambil maternity leave awal la sebab rugi je nanti cuti aku kan hehe. Biasa la aku kerja swasta so dapat cuti lam dua bulan je. Tu pun banyak kerja aku tak sempat nak setel kes beranak mengejut wakakaka.

14.2.2014 tu hari jumaat. Aku cuti sebab pantai timur ni cuti jumaat sabtu. Pagi tu konon nya mak ayah aku ajak pi kuatan sebab nak melawat orang sakit (arwah Poksu Aziz). Aku ok je sebab aku tak pernah gi sana melawat arwah since die masuk hospital. Mak pesan bawa semua barang baby dan barang aku sekali. Standby kata nya. Lepas jumaat nak gerak sana.

Tengahari tu masa semua orang gi solat jumaat, agak2 dalam pukul 130 gitu aa. Aku ingat masa tu aku tengah online. Bahaha. Tiba2 rasa macam nak kenken je. Tak sempat apa2 rasa macam dah terkenken. Aihh. Takut gak. Aku pun g je toilet, makin banyak. Mak aihh. Kalut aku. "Mak, hmm air apa ni. Tak rasa nak kenken sangat pun nih". Mak pun cakap konfem air ketuban dah pecah. Wakaka. Kitorang tunggu ayah balik then gi hospital. Sempat la aku mesej Anas sepatah. Tak jadi la plan kitorang nak gi hospital kuantan. 

Anas cakap kalau aku warded, dia nak balik. Dan memang aku warded. Haha. Aku ingat lagi, Doc yang cek aku time tu senior aku kat sekolah menengah dulu. Dia cakap bukaan aku time tu 2 cm. Terus je warded sebab ketuban dah pecah. Takut nanti effect kat baby. 

Tak silap aku lam pukul 3 setengah kot aku warded. Anas pun on the way balik dari kelantan. Petang tu contraction ada tapi tak kuat sangat. So so jela. Lam belas2 minit sekali camtu. Mak mertua pun ada datang jenguk aku law tak silap dah petang sangat masa tu. 

Around 630 camtu, contraction makin kerap tapi still boleh tahan. Macam mengeras gitu aa rasa dia. Peluh2 kot. Member aku datang bawa kuih pau kacang. Ngeh3. Nurse bagi makanan pun tak rasa nak makan sebab dah kenyang. Bila rasa makin kerap tu, aku request kat nurse suh cek bukaan tapi bila dah cek still sama macam mula2 aku masuk ward, 2cm lagi.

Bila dah nak tamat waktu melawat semua dah balik kecuali mak ngan ayah aku. Mak boleh jaga aku sebab Anas tak sampai lagi time tu. Alhamdulillah aku sempat la solat Asar berdiri even contraction tu boleh tahan aa sakit dia. Bila masuk Maghrib je, aku solat duduk dah. Huhu.

Time ni la dalam pukul lapan lebih malam, sakit tu makin kerap satu pastu makin sakit. Haha. Macam nak teran nak berak pun ada. Aku baring mengiring sebab rasa macam nak tidur je sebelum betul2 nak beranak tu. Tapi bila dah rasa tak tahan tu aku tengok jam dah 915 gitu la. Aku call mak cakap sakit dah ni. Mak pun siapkan apa yang patut untuk aku telan tapi nurse panggil cek bukaan dulu. Boleh lak dua orang nurse ni macam nak main2. "Baru 5cm nih". Pastu dia minta sorang lagi nurse cek kan. "Oiii, dah full la. Ni dah rasa macam kepala baby nak keluar ni. Dik, tahan sikit ye. Kita masuk labor room terus". Aku pun ok je. Haha.

Kalut wei dua orang ni tolak bed aku pegi labor room. 
"Ada rasa nak teran tak dik? Tahan jap ya. Kepit sikit. Anak nombor berapa dah ni?"
"Anak sulung nurse. Adoi. Macam nak teran je. Haha"
"Mudah nya ko ni ye nak beranak. Muka rilez je siap boleh gelak2 sembang2 lagi"
Padahal dalam hati tuhan je tahu.

Kat labor room nurse dah tunggu aku dah. Dia cakap kalau nak teran tu teran je la sebab bukaan dah full. Aku teran teran tak jadi gak. Nurse tu pun ajar cara teran kat aku. Test test pun tak jadi lagi. Tiba2 aku dengar nurse tanya nama suami. Tengok2 Anas dah sampai. Tepat pada waktu nya. "Push yana push". Alhamdulillah dalam dua kali push Aqil pun keluar. Hihihi. 10.01pm. Lega. Syukur sangat. Senyum. Nurse tunjuk Aqil kat kami. 2.2kg. Small je. Hihi. Tapi Aqil ada birthmark. Senang. Tak tukar ngan baby lain. Hihi. Anas pun azankan Aqil sebab nanti nurse suruh aku susukan Aqil dalam masa sejam selepas beranak.

Aku memang dah decide nama untuk Aqil ni. Bila tanya Anas, dia pun setuju nak letak nama Muhammad Aqil. Yang pintar, yang baik budi. InsyaAllah. Be a smart boy. Soleh. Aminnn. Ibu dan abah sayang Aqil banyak2 💋💋💋


No comments:

Post a Comment