+bOut mE+

My photo
a wife. a mother. a happy daughter's of ayah & mak.

Saturday, July 5, 2014

Rindu terpendam

Tak perlu berkirim salam..
Tak perlu bertanya khabar..

Aku di sini Alhamdulillah masih sihat menghirup udara yang Allah berikan percuma..

Tak perlu kau katakan kau rindu aku..
Tak perlu kau pinta untuk aku ingat waktu silam ku..

Apa kau hanya mahu menguji ku, bukan?
Menambah kesakitan, keperitan itu, bukan?

Aku faham kau, psycho.

Tak perlu cari alasan untuk memancing balasan pertanyaan mu..
Tak perlu cuba untuk menguji aku..

Kerana aku tahu kau yakin pasti tahu jawapan ku..
Kerana aku tak bisa, lemah bila semua tentang kau..

Sakit. Perit. Pedih. 

Apa yang kau lakukan pada ku?
Apa yang aku perlu lakukan pada mu?
Lari? 

Walau aku cuba lari, bayang kau tak pernah hilang..
Kenapa? Kenapa perlu kau ikut?

Aku mahu kau pergi selamanya..
Hilang dari jasad ku..
Aku tak perlu bayangmu untuk mengganti bayang ku..