+bOut mE+

My photo
a wife. a mother. a happy daughter's of ayah & mak.

Wednesday, November 26, 2014

Fake

Semua orang boleh je nak cover perangai buruk tu depan orang lain kan.. Tipu sangat lah kalau ko cakap ko memang budak baik innocent habis.. Depan orang lain boleh aa nak cover semua.. Depan Allah? Boleh ke? Hmmm.. Fikirkan lah.. Aku buntu sangat dah ni malam ni.. Aku suka tulis kat sini nak banding ngan facebook tu yang langsung takda privacy.. Aku dah ngantuk sebenarnya tapi banyak sangat dalam kepala ni kalau tak luah lain pulak jadinya.. K lah, ngantuk gilo weiiii

Monday, September 15, 2014

Kecewa

Susah nya nak jaga hati orang..
Susah nya nak bagi orang puas hati..

Aku tak minta pun banyak..
Cukup la sekadar satu itu..

Tak tahu nak kuat kan semangat macam mana..
Tak tahu dah nak buat macam mana..

Ya Allah..
Ampunilah dosa ku..
Tak terhitung banyak dosa ku Ya Allah..

Masalah tak pernah putus..
Minta dilembut kan hati ini Ya Allah..
Minta dikuatkan hati ini Ya Allah..
Tiap kali aku tewas..
Tiap kali aku kalah..

Ya Allah..
Mahu saja aku kembali ke pangkuan Mu..
Mahu saja aku minta untuk diambil nyawa ku..

Tapi terlalu banyak dosa ku Ya Allah..
Sedarkan lah aku ketika seruanMu menggamitku dinihari..
Aku menunggu untuk bertemu Mu Ya Allah..


Saturday, July 5, 2014

Rindu terpendam

Tak perlu berkirim salam..
Tak perlu bertanya khabar..

Aku di sini Alhamdulillah masih sihat menghirup udara yang Allah berikan percuma..

Tak perlu kau katakan kau rindu aku..
Tak perlu kau pinta untuk aku ingat waktu silam ku..

Apa kau hanya mahu menguji ku, bukan?
Menambah kesakitan, keperitan itu, bukan?

Aku faham kau, psycho.

Tak perlu cari alasan untuk memancing balasan pertanyaan mu..
Tak perlu cuba untuk menguji aku..

Kerana aku tahu kau yakin pasti tahu jawapan ku..
Kerana aku tak bisa, lemah bila semua tentang kau..

Sakit. Perit. Pedih. 

Apa yang kau lakukan pada ku?
Apa yang aku perlu lakukan pada mu?
Lari? 

Walau aku cuba lari, bayang kau tak pernah hilang..
Kenapa? Kenapa perlu kau ikut?

Aku mahu kau pergi selamanya..
Hilang dari jasad ku..
Aku tak perlu bayangmu untuk mengganti bayang ku..



Thursday, May 29, 2014

Masih ada rasa

Aku harap kau baca sebenarnya. Aku harap kau tak hadir lagi. Cukup. Bukan sebab aku benci. Malah tiada apa sebab untuk aku rasa apa2. Aku cuma harap ia terhenti di situ. Aku hanya seorang manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Tipu kalau aku cakap aku lupa. Serius tipu.

Tapi..

Tiada apa makna itu semua. Aku harap kau pergi terus dan tak berpaling. Jangan hirau aku lagi. Jangan ingat aku lagi. Jangan cuba. Sebab. Aku memang tak boleh tipu kau. Aku cuma ada Tuhan. Allah yang satu. Dia tahu isi hatiku. Tak perlu kot aku suratkan kat sini. Cukup aku dan Dia. 

Tolong..

Jangan datang lagi. Beri aku ruang. Beri aku peluang. Untuk bebas. Bebas dari kau. Serius aku rimas. Bukan bermakna aku benci. Tak. Tapi aku tak nak masa dulu tu. Harap kau faham. Tapi luahan dalaman bukan kau dapat ertikan pun. Paling tidak ada alasan kau cari untuk datang. 

Pergilah..

Aku harap tiada apa sudah. Bukan sukar pun bagi kau nak pergi. Tiada alasan pun untuk kau kekal. Tiada. Lupakan aku. Itu yang aku perlu buat sama. Tapi aku sudah lakukan itu. Harap kau pula. Ada insan lain yang perlu aku sanjung. Hormat. Taat. Yang wajib di hati. Kau juga sama. Pergilah. Aku dah lama lepaskan. Cuma ia sentiasa datang tanpa aku undang. Tak pernah aku luahkan. Kau pun tahu. Tapi aku bingung. Kenapa perlu ada lagi kau dalam aku. Dan kenapa perlu ada lagi aku dalam kau. Aku bengang. Aku sakit hati.

"Let it go.. I can't hold it anymore..please.. Help me.."


Wednesday, May 28, 2014

happy

Happy. Semua orang nak happy. Aku pun nak! Hihihi. Tapi aku memang nampak happy luaran. Eh, tak lah. Dalaman pun happy je sena nya. Haha. Dulu, aku risau dan selalu je fikir, kalau dah sayang seseorang tu, kena sayang sangat2 la konon nya. Tapi, bila dah berputus haluan, mekk kauu! Hahaha.

Sebab tu, aku dah jadi malas. Ada, ada lah. Tak ada biar lah. Hahaha. Janji aku happy. Ada la kawan aku tanya, aku ni macam ok je semua. Macam tak ada masalah je. Siapa kata tak ada masalah non oiii. Tak kan aku nak tunjuk kot!

Yelah, diorang nampak aku macam happy sebab, aku dah complete pakej ngan ada husband nya, anak nya. Itu semua rezeki dari Tuhan. Aku terima semua dengan redha. Apa Tuhan bagi, aku terima. Syukur. 

Aku nikah pun keluarga uruskan. Tapi bab calon tu aku lah yang cari. Haha. Tapi Alhamdulillah everything goes well. Dari tunang, nikah, beranak. Alhamdulillah semua smooth. Petua? Redha. Dengar cakap orang tua. 

Serius bila fikir balik, aku pun tak sangka dah berANAK seorang dah aku ni. Memang ada rancang nak nikah nak timang anak. Tapi tak la rancang satu2. Semua macam cepat sangat je.

Aku happy. Seriis aku happy. Aku harap aku tak dinganggu dengan benda2 tak happy dan buat aku jadi kurang happy. Sebab aku memang dah happy ni!! Terima kasih Allah. Hanya Kau sahaja yang faham dan tahu apa isi hati aku yang sebenar. Semoga aku happy sampai mati. Aminnn...

Monday, May 26, 2014

Belajar.

Sambil tengok Aqil tidur, aku terfikir tiba2.  Dalam satu hari, wajib lah aku ada perasaan nak marah, tak puas hati kat orang. Sebab? Tak tahu lah. Aku rasa, mungkin aku dah wajib belajar macam mana nak kontrol perasaan negatif tu sebab aku bukan bujang lagi. Siap dah berbaby sekarang ni.

Aku selalu je dengar orang cakap kalau perempuan ni wajib lah nak mengumpat je kerja nya. Tak la betul sangat pun. Tapi memang kalau nak compare perempuan ngan laki ni konfem perempuan banyak mengata lagi kot. Hahaha. Itu pun aku rasa satu perbuatan yang wajib aku tinggal. Kalau lah ada kan. Hihihi.

Pasal marah2 orang, tinggi kan suara kat orang ni kan, Anas ada tegur aku hari tu. Sebab nya aku tinggi kan marah kat sorang ni depan orang ramai. Tak ada la ramai mana. Dalam kereta je pun. Malam tu, sebelum tidur dia tegur aku. "Macam mana perasaan kita kalau kita kena marah depan orang ramai?". Then aku jawab malu lah. "Haa..camtu la perasaan orang yang awak marah tadi tu." Ok. Aku faham. Tak perlu nak cakap banyak pun aku dah faham. Hmmm.

Sama lah situasi kalau kita umpat orang. Contoh kita umpat si A ni kat si B. For sure lah si B ni akan pandang serong kat si A ni kan. Andai kata la si A ni tahu yang kita umpat dia kat si B ni, konfem malu dan rendah diri je rasa kan. Nak buruk2 kan orang pun fikir lah dulu. Sebenarnya tak payah fikir pun, dah otomatik set kat kepala hotak tu tak baik burukkan orang. kan senang? 

belajar weii. belajar hormat orang. belajar kawal perasaan negatif tu. untuk aku la semua ni. sebab dulu kala aku tak macam ni pun. aku bukan jenis cepat marah orang dan rasa tak puas hati kat orang. aku tahu bila semua tu jadi kat aku. tapi biar aku je la tahu punca,sebab,bila aku jadi macam ni. hahaha. thanks to husband la sebab banyak nasihat aku. ajar aku. thanks abang. love you mucosss mucoss.

Thursday, May 22, 2014

Muhammad Aqil

Meh nak share sikit time aku nak bersalin aitu. Sepatutnya due aku 12.3.2014. Tapi aku deliver awal sebulan dari due, 14.2.2014, 33weeks 3day. Konon tak nak ambil maternity leave awal la sebab rugi je nanti cuti aku kan hehe. Biasa la aku kerja swasta so dapat cuti lam dua bulan je. Tu pun banyak kerja aku tak sempat nak setel kes beranak mengejut wakakaka.

14.2.2014 tu hari jumaat. Aku cuti sebab pantai timur ni cuti jumaat sabtu. Pagi tu konon nya mak ayah aku ajak pi kuatan sebab nak melawat orang sakit (arwah Poksu Aziz). Aku ok je sebab aku tak pernah gi sana melawat arwah since die masuk hospital. Mak pesan bawa semua barang baby dan barang aku sekali. Standby kata nya. Lepas jumaat nak gerak sana.

Tengahari tu masa semua orang gi solat jumaat, agak2 dalam pukul 130 gitu aa. Aku ingat masa tu aku tengah online. Bahaha. Tiba2 rasa macam nak kenken je. Tak sempat apa2 rasa macam dah terkenken. Aihh. Takut gak. Aku pun g je toilet, makin banyak. Mak aihh. Kalut aku. "Mak, hmm air apa ni. Tak rasa nak kenken sangat pun nih". Mak pun cakap konfem air ketuban dah pecah. Wakaka. Kitorang tunggu ayah balik then gi hospital. Sempat la aku mesej Anas sepatah. Tak jadi la plan kitorang nak gi hospital kuantan. 

Anas cakap kalau aku warded, dia nak balik. Dan memang aku warded. Haha. Aku ingat lagi, Doc yang cek aku time tu senior aku kat sekolah menengah dulu. Dia cakap bukaan aku time tu 2 cm. Terus je warded sebab ketuban dah pecah. Takut nanti effect kat baby. 

Tak silap aku lam pukul 3 setengah kot aku warded. Anas pun on the way balik dari kelantan. Petang tu contraction ada tapi tak kuat sangat. So so jela. Lam belas2 minit sekali camtu. Mak mertua pun ada datang jenguk aku law tak silap dah petang sangat masa tu. 

Around 630 camtu, contraction makin kerap tapi still boleh tahan. Macam mengeras gitu aa rasa dia. Peluh2 kot. Member aku datang bawa kuih pau kacang. Ngeh3. Nurse bagi makanan pun tak rasa nak makan sebab dah kenyang. Bila rasa makin kerap tu, aku request kat nurse suh cek bukaan tapi bila dah cek still sama macam mula2 aku masuk ward, 2cm lagi.

Bila dah nak tamat waktu melawat semua dah balik kecuali mak ngan ayah aku. Mak boleh jaga aku sebab Anas tak sampai lagi time tu. Alhamdulillah aku sempat la solat Asar berdiri even contraction tu boleh tahan aa sakit dia. Bila masuk Maghrib je, aku solat duduk dah. Huhu.

Time ni la dalam pukul lapan lebih malam, sakit tu makin kerap satu pastu makin sakit. Haha. Macam nak teran nak berak pun ada. Aku baring mengiring sebab rasa macam nak tidur je sebelum betul2 nak beranak tu. Tapi bila dah rasa tak tahan tu aku tengok jam dah 915 gitu la. Aku call mak cakap sakit dah ni. Mak pun siapkan apa yang patut untuk aku telan tapi nurse panggil cek bukaan dulu. Boleh lak dua orang nurse ni macam nak main2. "Baru 5cm nih". Pastu dia minta sorang lagi nurse cek kan. "Oiii, dah full la. Ni dah rasa macam kepala baby nak keluar ni. Dik, tahan sikit ye. Kita masuk labor room terus". Aku pun ok je. Haha.

Kalut wei dua orang ni tolak bed aku pegi labor room. 
"Ada rasa nak teran tak dik? Tahan jap ya. Kepit sikit. Anak nombor berapa dah ni?"
"Anak sulung nurse. Adoi. Macam nak teran je. Haha"
"Mudah nya ko ni ye nak beranak. Muka rilez je siap boleh gelak2 sembang2 lagi"
Padahal dalam hati tuhan je tahu.

Kat labor room nurse dah tunggu aku dah. Dia cakap kalau nak teran tu teran je la sebab bukaan dah full. Aku teran teran tak jadi gak. Nurse tu pun ajar cara teran kat aku. Test test pun tak jadi lagi. Tiba2 aku dengar nurse tanya nama suami. Tengok2 Anas dah sampai. Tepat pada waktu nya. "Push yana push". Alhamdulillah dalam dua kali push Aqil pun keluar. Hihihi. 10.01pm. Lega. Syukur sangat. Senyum. Nurse tunjuk Aqil kat kami. 2.2kg. Small je. Hihi. Tapi Aqil ada birthmark. Senang. Tak tukar ngan baby lain. Hihi. Anas pun azankan Aqil sebab nanti nurse suruh aku susukan Aqil dalam masa sejam selepas beranak.

Aku memang dah decide nama untuk Aqil ni. Bila tanya Anas, dia pun setuju nak letak nama Muhammad Aqil. Yang pintar, yang baik budi. InsyaAllah. Be a smart boy. Soleh. Aminnn. Ibu dan abah sayang Aqil banyak2 💋💋💋