Masih diberi kesempatan untuk berpuasa pada tahun ni.. Tahun kedua berpuasa ketika pregnant, tapi kali ni tak seteruk yang dulu.. Mungkin tahun dulu puasa tapi tak tahu mengandung.. Letih lain macam.. Kali ni mengandung skali ngan pakej menyusu.. Minta Allah kuatkan semangat untuk habiskan puasa sampai la raya insyaAllah.. Di kesempatan ini, saya nak memohon maaf atas segala kekhilafan yang saya lakukan dan jika ada yang terasa harap maafkan saya.. Saya insan biasa yang banyak melakukan kesilapan.. Hehe.. Marilah kita mengejar pahala di bulan yang baik ini.. Bukan senang nak tambah pahala ibadat di bulan lain.. Siapa2 yang tak puasa tu jangan lupa ganti nanti ye.. Hehe.. Saya insyaAllah puasa penuh lagi tahun ni.. Doakan saya..
Saturday, June 20, 2015
Monday, March 23, 2015
Lies..
Hihi yes.. Saya tipu je laaa.. Sorry.. Saya takda rasa apa dah pun sebenarnya.. Kalau dulu mungkin ya.. Hihi.. Maaf ye telling you all the lies..
Move forward.. Step forward.. Dont ever look and run to the back..
Gone..
Alhamdulillah...sume dah setel..hati dah tenang hihi..maaf kan sy..bukan niat utk mengungkit tapi sy nk awk tahu bgaimana sakit yg sy rase..dah lama sgt pendam smp hati x mampu nak tanggung..
Tiada perasaan sama seperti dulu..sungguh tiada..cume kenangan je yg tidak mampu dipadam..arap dapat la kita teruskan hidup tanpa terus berpaling..haluan masing2..cinta masing2..cinta kita buat yang halal..
Maaf skali lagi......mungkin apa yg sy katakan itu mengganggu fikiran awk..jangan risau..jangan bimbang..sy sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kebaikan utk awk..seperti mana bahagianya sy,sy pon arap awk begitu...
Wednesday, November 26, 2014
Fake
Semua orang boleh je nak cover perangai buruk tu depan orang lain kan.. Tipu sangat lah kalau ko cakap ko memang budak baik innocent habis.. Depan orang lain boleh aa nak cover semua.. Depan Allah? Boleh ke? Hmmm.. Fikirkan lah.. Aku buntu sangat dah ni malam ni.. Aku suka tulis kat sini nak banding ngan facebook tu yang langsung takda privacy.. Aku dah ngantuk sebenarnya tapi banyak sangat dalam kepala ni kalau tak luah lain pulak jadinya.. K lah, ngantuk gilo weiiii
Monday, September 15, 2014
Kecewa
Susah nya nak jaga hati orang..
Susah nya nak bagi orang puas hati..
Aku tak minta pun banyak..
Cukup la sekadar satu itu..
Tak tahu nak kuat kan semangat macam mana..
Tak tahu dah nak buat macam mana..
Ya Allah..
Ampunilah dosa ku..
Tak terhitung banyak dosa ku Ya Allah..
Masalah tak pernah putus..
Minta dilembut kan hati ini Ya Allah..
Minta dikuatkan hati ini Ya Allah..
Tiap kali aku tewas..
Tiap kali aku kalah..
Ya Allah..
Mahu saja aku kembali ke pangkuan Mu..
Mahu saja aku minta untuk diambil nyawa ku..
Tapi terlalu banyak dosa ku Ya Allah..
Sedarkan lah aku ketika seruanMu menggamitku dinihari..
Aku menunggu untuk bertemu Mu Ya Allah..
Saturday, July 5, 2014
Rindu terpendam
Tak perlu berkirim salam..
Tak perlu bertanya khabar..
Aku di sini Alhamdulillah masih sihat menghirup udara yang Allah berikan percuma..
Tak perlu kau katakan kau rindu aku..
Tak perlu kau pinta untuk aku ingat waktu silam ku..
Apa kau hanya mahu menguji ku, bukan?
Menambah kesakitan, keperitan itu, bukan?
Aku faham kau, psycho.
Tak perlu cari alasan untuk memancing balasan pertanyaan mu..
Tak perlu cuba untuk menguji aku..
Kerana aku tahu kau yakin pasti tahu jawapan ku..
Kerana aku tak bisa, lemah bila semua tentang kau..
Sakit. Perit. Pedih.
Apa yang kau lakukan pada ku?
Apa yang aku perlu lakukan pada mu?
Lari?
Walau aku cuba lari, bayang kau tak pernah hilang..
Kenapa? Kenapa perlu kau ikut?
Aku mahu kau pergi selamanya..
Hilang dari jasad ku..
Aku tak perlu bayangmu untuk mengganti bayang ku..
Thursday, May 29, 2014
Masih ada rasa
Aku harap kau baca sebenarnya. Aku harap kau tak hadir lagi. Cukup. Bukan sebab aku benci. Malah tiada apa sebab untuk aku rasa apa2. Aku cuma harap ia terhenti di situ. Aku hanya seorang manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Tipu kalau aku cakap aku lupa. Serius tipu.
Tapi..
Tiada apa makna itu semua. Aku harap kau pergi terus dan tak berpaling. Jangan hirau aku lagi. Jangan ingat aku lagi. Jangan cuba. Sebab. Aku memang tak boleh tipu kau. Aku cuma ada Tuhan. Allah yang satu. Dia tahu isi hatiku. Tak perlu kot aku suratkan kat sini. Cukup aku dan Dia.
Tolong..
Jangan datang lagi. Beri aku ruang. Beri aku peluang. Untuk bebas. Bebas dari kau. Serius aku rimas. Bukan bermakna aku benci. Tak. Tapi aku tak nak masa dulu tu. Harap kau faham. Tapi luahan dalaman bukan kau dapat ertikan pun. Paling tidak ada alasan kau cari untuk datang.
Pergilah..
Aku harap tiada apa sudah. Bukan sukar pun bagi kau nak pergi. Tiada alasan pun untuk kau kekal. Tiada. Lupakan aku. Itu yang aku perlu buat sama. Tapi aku sudah lakukan itu. Harap kau pula. Ada insan lain yang perlu aku sanjung. Hormat. Taat. Yang wajib di hati. Kau juga sama. Pergilah. Aku dah lama lepaskan. Cuma ia sentiasa datang tanpa aku undang. Tak pernah aku luahkan. Kau pun tahu. Tapi aku bingung. Kenapa perlu ada lagi kau dalam aku. Dan kenapa perlu ada lagi aku dalam kau. Aku bengang. Aku sakit hati.
"Let it go.. I can't hold it anymore..please.. Help me.."
"Let it go.. I can't hold it anymore..please.. Help me.."
Subscribe to:
Posts (Atom)